Bina Komuniti LMC Demi Kesejahteraan Rakyat

2020-08-25 15:01:40  CRI
Share with:

Bina Komuniti LMC Demi Kesejahteraan Rakyat_fororder_1126407755_15982822018251n

 

Sidang pemimpin ke-3 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang diadakan secara maya semalam, mengeluarkan Perisytiharan Vientiane yang menetapkan pelan kerjasama antara China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam pada masa akan datang.

Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai memberitahu wartawan bahawa Myanmar antara negara-negara yang terlebih dahulu mengembangkan kerjasama di bawah mekanisme berkenaan. Sepanjang empat tahun pelaksanaannya, China telah menjalankan 51 projek dengan tajaan tabung khas LMC di negara itu. Projek-projek tersebut melibatkan kesalinghubungan, pembasmian kemiskinan melalui pertanian, perlindungan ekologi dan alam sekitar, pembinaan kapasiti pengeluaran, pertukaran kebudayaan, serta hal ehwal wanita dan belia, yang telah mendinamikkan pembangunan Myanmar di samping memberikan limpahan manfaat kepada rakyatnya.

Tahun ini ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara China dengan Myanmar. Ketika mengadakan lawatan ke Myanmar pada awal tahun ini, Presiden Xi Jinping menyarankan kedua-dua negara bersama-sama membina sebuah komuniti berkongsi nasib.

Chen Hai berkata, China dan Myanmar akan mengambil sidang pemimpin kali ini sebagai peluang untuk terus menjayakan LMC serta pembentukan komuniti berkongsi nasib LMC.

徐国玮