PM Li Kemuka Enam Cadangan Perkasa LMC

2020-08-25 13:53:49  CRI
Share with:

PM Li Kemuka Enam Cadangan Perkasa LMC_fororder_1126407755_15982822018251n

Perdana Menteri China, Li Keqing telah mengemukakan enam cadangan bagi memperkasakan Kerjasama Lancang-Mekong (LMC), sewaktu menghadiri sidang kemuncak ke-3 mekanisme tersebut yang diadakan secara maya semalam.

Pertama, China akan berkongsi maklumat hidrologi sungai Lancang sepanjang tahun bermula tahun ini, dan mengadakan mesyuarat peringkat menteri serta forum kerjasama sumber air secara berkala.

Kedua, menggabungkan mekanisme LMC dengan saluran perdagangan antarabangsa baharu darat dan laut untuk memudahkan aliran warga dan pengangkutan kargo.

Ketiga, memperdalam sinergi menyasarkan pembangunan mampan, dan melaksanakan projek kluster "tuaian lumayan Lancang-Mekong".

Keempat, meningkatkan kerjasama berkaitan kesihatan awam. Selepas vaksin COVID-19 buatan China selesai dibangunkan, negara-negara di lembangan Sungai Mekong akan diberi keutamaan dalam pengagihannya.

Kelima, memperkasakan kerjasama membabitkan kesejahteraan rakyat, supaya hasil LMC dapat dinikmati lebih ramai rakyat di peringkat akar umbi.

Keenam, mengamalkan konsep terbuka dan inklusif, menggalakkan interaksi antara LMC dengan mekanisme subrantau yang lain.

Para peserta sidang pemimpin kali ini memuji pencapaian cemerlang LMC sepanjang pelaksanaannya, menyahut saranan PM Li dengan menyatakan kesediaan untuk bersama-sama China menggalakkan integrasi ekonomi serantau dan memelihara multilateralisme yang berkesan.

胡星