LMC Janji Manfaat kepada Komuniti Serantau

2020-08-25 13:14:18  CRI
Share with:

 

Mekanisme Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang dilancarkan secara rasmi pada 2016, menyaksikan pelaksanaan 410 projek kolaborasi membabitkan kesalinghubungan, kapasiti pengeluaran, ekonomi rentas sempadan yang dijayakan enam negara iaitu China, Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Kemboja antara negara yang paling banyak mendapat pembiayaan daripada tabung khas LMC dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, hingga membangunkan 55 projek yang bernilai USD20 juta (RM83.4 juta) untuk tahun ini.

Manakala, Myanmar juga memperoleh peruntukan dari tabung tersebut untuk memulakan projek pertamanya bagi tahun ini, yang menyasarkan kepada industri penanaman dan pemprosesan makanan.

Pakar berkenaan berpendapat bahawa kerjasama membabitkan bidang utama seperti pengurusan sumber air, kesalinghubungan dan kesihatan awam perlu dirancang dengan teliti sebelum dilaksanakan, di samping memanfaatkan mekanisme LMC sehingga dapat memberi faedah kepada penduduk sepanjang aliran Sungai Lancang-Mekong serta menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

董筱娉