Parlimen Malaysia Lulus RUU Dana COVID-19

2020-08-25 14:03:34  CRI
Share with:

Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (COVID-19) 2020 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat Malaysia semalam. RUU itu diluluskan dengan suara terbanyak selepas bacaan kali ketiga.

Menerusi kelulusan itu, kerajaan Malaysia akan menyalurkan peruntukan RM45 bilion untuk menubuhkan sebuah tabung wabak COVID-19 bagi merangsang dan memulihkan ekonomi. Tarikh kuat kuasa akta berkenaan bermula pada 27 Februari 2020 hingga 31 Disember 2022.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, jumlah dana yang diperuntukkan akan ditambah sekiranya perlu.

覃淼