Mesyuarat ke-12 menteri ekonomi dan perdagangan Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam anjuran Vietnam, negara pengerusi bergiliran diadakan secara maya semalam. Menteri Ekonomi dan Perdagangan Laos, mempengerusikan mesyuarat ini.
Para peserta telah membuat penilaian terhadap pelbagai kerjasama antara keempat-empat negara tersebut pada tahun 2019 hingga 2020 dan menetapkan rancangan mengenai projek kerjasama pada tahun 2021 hingga 2022. Menteri-menteri ekonomi dan perdagangan mengadakan perbincangan tentang usaha menghadapi wabak COVID-19 dan pemulihan ekonomi pasca wabak.