Kerajaan Baharu Singapura Dibentuk

2020-08-25 14:04:31  CRI
Share with:

Kerajaan Baharu Singapura Dibentuk_fororder_singapo

Kerajaan baharu Singapura dibentuk secara rasminya semalam. Presiden Halimah Yacob yang mewakili kerajaan membentangkan dasar pentadbiran, menekankan pentingnya memastikan kerajaan melaksanakan tugas secara berkesan.

Beliau menyatakan usaha perlu dilakukan untuk membina sebuah masyarakat yang lebih terbuka, sambil meningkatkan kepaduan sosial.

Ujarnya, situasi domestik dan global sudah berubah sejak tercetusnya wabak COVID-19, dan mustahil untuk keadaan kembali seperti dahulu. Namun demikian, penularan wabak yang membawa pelbagai ancaman turut membuka banyak peluang baharu.

Singapura kini sedang berada pada titik perubahan dalam sejarah. Rakyat generasi baharu mempunyai cita-cita baharu, dan berharap dapat mendengar suara yang lebih berkepelbagaian dalam parlimen.

Kerajaan baharu Singapura komited membimbing negara untuk terus mengorak langkah ke hadapan agar lebih ramai rakyat dapat berkongsi hasil pembangunan ekonomi kelak. 

覃淼