Tentera Myanmar Umum Lanjut Gencatan Senjata

2020-08-26 13:32:38  CRI
Share with:

Pihak tentera Myanmar mengumumkan pelanjutan tempoh gencatan senjata selama sebulan lagi iaitu sehingga 30 September depan.

Menurut satu kenyataan, keputusan tersebut dibuat sejajar dengan seruan Pertubuhan Bangsa-bansa Bersatu (PBB) serta resolusi Majlis Keselamatan, selain memberi ruang kepada usaha memerangi penularan wabak COVID-19 dalam negeri.

Keputusan berkenaan juga dianggap sebagai pelaksanaan bahagian ketiga Perjanjian Kedamaian Persekutuan yang dimeterai dalam Persidangan Panglong Abad Ke-21 kali keempat.

Terdahulu, gencatan senjata yang berkuat kuasa bermula 10 Mei dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini.

周乔西