'Pelan China' Bantu LMC Wujud Pembangunan Bersama

2020-08-26 14:57:44  CRI
Share with:

'Pelan China' Bantu LMC Wujud Pembangunan Bersama_fororder_1332346578

Perdana Menteri China, Li Keqing telah mengemukakan enam cadangan bagi memperkasakan Kerjasama Lancang-Mekong (LMC), sewaktu menghadiri sidang kemuncak ke-3 mekanisme tersebut yang diadakan secara maya kelmarin.

Saranan beliau melibatkan kerjasama sumber air, perdagangan dan kesalinghubungan, pembangunan mampan, kesejahteraan rakyat, keterbukaan dan keinklusifan. Perisytiharaan Vientiane yang dikeluarkan sidang itu mengambil enam cadangan tersebut dan memberikan panduan jelas demi pembentukan komuniti berkongsi nasib negara-negara LMC pada era pasca wabak.

LMC merupakan mekanisme kerjasama subrantau jenis baharu yang diasaskan bersama enam negara di lembangan Lancang-Mekong dengan berorientasikan prinsip berbincang dan membangun bersama serta berkongsi. Sejak pelancarannya empat tahun lalu, LMC telah melakar kejayaan cemerlang dalam sektor pertanian, pembasmian kemiskian, pembinaan prasarana dan penggunaan sumber air, yang membawa manfaat ketara kepada rakyat di negara-negara terlibat.

Sebelum ini, Presiden China Xi Jinping menyeru pelbagai negara berusaha untuk mewujudkan tadbir urus global yang lebih inklusif, mekanisme multilateral yang lebih berkesan dan kerjasama serantau yang lebih aktif. Enam cadangan yang dianjurkan China dalam sidang kali ini akan membantu menggalakkan LMC terus mengintensifkan kerjasama, dan membawa lebih banyak peluang bagi pembangunan rantau ini.

Konsensus yang tercapai antara enam negara di lembangan sungai ini penting peranannya bagi membolehkan negara-negara terlibat meneroka mod pengurusan sumber air, mengekalkan keselamatan bersama dan menentang campur tangan kuasa luar.

Dalam pada itu, kerjasama perdagangan dan kesalinghubungan serta kestabilan rantai bekalan serantau turut menjadi fokus sidang kali ini.

China menyarankan penubuhan rangkaian 'laluan pantas' dan 'laluan hijau' bagi melicinkan aliran warga dan barangan sewaktu kerja-kerja membendung wabak COVID-19 menjadi kebiasaan. Khususnya, inisiatif China untuk menyambungkan LMC dengan laluan baharu perdagangan antarabangsa darat dan laut akan mengoptimumkan pengagihan sumber serantau, menggalakkan pemeteraian perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan mewujudkan integrasi ekonomi yang lebih tinggi tahapnya.

覃淼