China Bersikap Terbuka dalam Sinergi Sumber Air

2020-08-26 14:24:51  CRI
Share with:

China akan berkongsi maklumat hidrologi sungai Lancang sepanjang tahun dengan lima negara di lembah Sungai Mekong, bermula tahun ini, langkah yang sekali lagi memperlihatkan sikap terbuka dan telus terhadap kerjasama sumber air.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Mesyuarat pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ke-3 diadakan secara maya kelmarin, dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatanya dari Laos, Thongloun Sisoulith.

Mesyuarat itu turut mengeluarkan Perisytiharan Vientiane yang menggariskan kerjasama antara China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam pada masa akan datang, selain mengumumkan langkah-langkah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang politik dan keselamatan, ekonomi dan pembangunan mampan, sosiobudaya serta mekanisme LMC

Ujar Zhao, kerjasama sumber air merupakan hasil penting mesyuarat tersebut. PM Li mengumumkan China akan berkongsi maklumat hidrologi sungai Lancang dan bersama-sama membina platform perkongsian maklumat kerjasama sumber air Lancang-Mekong, yang akan membantu negara-negara di subrantau itu meningkatkan kemampuan pengurusan sumber air sungai Lancang-Mekong serta kerjasama menangani bencana alam.

胡星