Mesyuarat Menteri ASEAN Fokuskan Pencegahan Wabak, Pemulihan Ekonomi

2020-08-26 14:42:21  CRI
Share with:

Mesyuarat menteri-menteri ekonomi ASEAN ke-52 diadakan secara maya semalam. Para peserta telah membincangkan pendekatan bagi menangani wabak COVID-19, menetapkan pelan pemulihan ekonomi, dan merundingkan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Mesyuarat dipengerusikan Vietnam selaku negara pengerusi bergilir, turut dihadiri Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi.

Beberapa dokumen termasuk indeks integrasi digital ASEAN telah diluluskan.

覃淼