Hospital Sementara Terbesar Singapura Ditutup

2020-08-27 14:27:52  CRI
Share with:

Hospital Sementara Terbesar Singapura Ditutup_fororder_singapura1

 

Hospital Sementara Terbesar Singapura Ditutup_fororder_singapura2

Pusat Pameran Changi (CEC) yang berfungsi sebagai hospital sementara terbesar di Singapura ditutup pada 25 Ogos ekoran penularan COVID-19 semakin reda di negara itu.

Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen menyatakan melalui akaun media sosialnya, fasiliti berkenaan telah merawat lebih 14,000 pesakit COVID-19 dalam masa beberapa bulan beroperasi. Bagi menampung kekurangan kakitangan perubatan pada puncak penularan wabak itu, Kementerian Pertahanan telah menghantar banyak kakitangan perubatan tentera ke hospital sementara.

Terdapat empat hospital sementara di Singapura, yang sebahagian besar pesakitnya merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama. Kini, tidak sampai 1,500 pesakit yang masih dirawat di hospital-hospital sementara.

胡星