Banjir di Myanmar, Lebih 20,000 Terjejas

2020-08-27 13:54:14  CRI
Share with:

Banjir di Myanmar, Lebih 20,000 Terjejas_fororder_1598446435732_976_960x540

Banjir di Myanmar, Lebih 20,000 Terjejas_fororder_1598446458124_833_892x473

Lebih 20,000 penduduk terjejas selepas sembilan negeri dan wilayah di Myanmar dilanda bencana banjir akibat hujan lebat yang turun tanpa henti selama beberapa hari berturut-turut.

Setakat ini, lebih 100 kem penempatan sementara telah dibina untuk menerima mangsa.

Menurut Biro Meteorologi dan Hidrologi Myanmar, paras air sungai Irrawaddy, sungai terbesar di negara itu telah melebihi tahap amaran sebanyak kira-kira 15 sentimeter.

Kawasan tekanan udara rendah sedang terbentuk di Teluk Bangladesh, dan negeri Rakhine dijangka akan mengalami hujan berterusan yang bermakna ada kemungkinan berlaku lagi bencana banjir.

覃淼