Rahsia "Keajaiban Shenzhen"

2020-08-27 13:55:35  CRI
Share with:

Rahsia "Keajaiban Shenzhen"_fororder_1598435856735_695_800x450

26 Ogos ialah hari ulang tahun ke-40 penubuhan Zon Ekonomi Khas Shenzhen. Sepanjang empat dekad lalu, Shenzhen membangun daripada kampung nelayan yang mundur kepada metropolis moden yang sumbangannya terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berlipat ganda daripada tidak sampai RMB200 juta kepada RMB2.7 trilion.

Majalah The Economist Britain menyifatkan "keajaiban Shenzhen" sebagai model paling cemerlang antara lebih 4,000 zon ekonomi khas yang ada di seluruh dunia.

Rahsia "Keajaiban Shenzhen"_fororder_1598435865901_78_800x450

Inovasi sains dan teknologi, penggerak utama yang membawa kepada "keajaiban Shenzhen". Pada tahun 2000, Shenzhen menerajui transformasi daripada perdagangan pemprosesan kepada industri berteknologi tinggi. Ini disusuli susun atur strategik yang cukup rapi melibatkan industri-industri baharu pada 2008 dan 2009, serta pemupukan industri-industri berorientasikan masa depan melibatkan kehidupan dan kesihatan manusia bermula 2013. Kini, Shenzhen telah membina lebih 46 ribu stesen 5G dan berjaya mewujudkan liputan rangkaian bebas 5G, menjadikannya kota 5G pertama di dunia.

Sepanjang 40 tahun lalu, Shenzhen berusaha membina iklim perniagaan berorietasikan pasaran, berasaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa. Sejak 1993, jumlah import dan eksport Shenzhen kekal di tangga teratas di negara China. Zon Ekonomi Khas Sihanoukville di Kemboja dan Zon Ekonomi Khas Bagamoyo di Tanzania turut menimba pengalaman Shenzhen.

Pada masa ini, Shenzhen sedang berusaha membina zon demonstrasi sosialisme bercirikan China, satu amalan konkrit bagi menggalakkan pembaharuan dan keterbukaan pada tahap lebih tinggi. Berlatarbelakangkan situasi antarabangsa yang semakin rumit dan penuh ketidaktentuan, Shenzhen yang mempunyai pengalaman membangun secara pantas, inovatif dan terbuka akan terus memastikan ayunan langkah pembaharuan dan keterbukaan China tidak akan berhenti, hingga mencipta lebih banyak peluang pembangunan kepada seluruh dunia.

覃淼