Menteri RCEP Tekankan Peranan Pasca Wabak

2020-08-28 14:28:57  CRI
Share with:

Mesyuarat peringkat menteri kali kelapan bagi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) diadakan secara maya semalam. Pengumuman bersama yang dikeluarkan selepas itu menyebut bahawa RCEP akan memainkan peranan penting untuk menggalakkan pemulihan pasca pandemik serta mengekalkan pembangunan dan kestabilan ekonomi sejagat.

Para menteri bersependapat impak COVID-19 telah menjejaskan perdagangan dan pelaburan antara anggota RCEP. Mereka bersetuju bahawa cabaran ini memerlukan semua anggota menjamin keterbukaan pasaran masing-masing terutamanya dalam sektor barangan dan perkhidmatan utama, di samping meningkatkan sinergi dan penyelarasan untuk bersama-sama melawan pandemik COVID-19.

Mesyuarat kali ini dipengerusikan bersama oleh pengerusi bergilir ASEAN, Vietnam dan negara penyelaras RCEP, New Zealand, turut disertai wakil dari 10 negara ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, Australia, serta Setiausaha Agung ASEAN.

胡星