RCEP akan Ditandatangani Menurut Jadual

2020-08-29 15:05:36  CRI
Share with:

China menyokong kedudukan pusat ASEAN dan bersedia berusaha bersama-sama pihak-pihak berkenaan sehingga Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ditandatangani menurut jadual pada tahun ini, agar memaikan peranan membina bagi mendorong perkembangan ekonomi serantau dan sejagat yang stabil.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang taklimat rutin semalam.

Mesyuarat peringkat menteri RCEP diadakan secara maya pada 27 Ogos lalu. Mesyuarat tersebut telah mengeluarkan kenyatan media bersama.

Menurut kenyataan tersebut, RCEP amat penting bagi pemulihan ekonomi pasca wabak di rantau ini bahkan di seluruh dunia. Penandatanganan perjanjian tersebut bakal meningkatkan keyakinan perdagangan, menggalakkan perdagangan dan pelaburan di rantau Asia-Pasifik dan integrasi ekonomi serantau, memelihara kestabilan rantai industri dan rantai bekalan serantau dan sejagat, serta menzahirkan sokongan rantau ini kepada mekanisme perdagangan multilateral yang berasaskan terbuka, inklusif dan menurut hukum. Mesyuarat kali ini turut mengiktiraf kemajuan rundingan tentang perjanjian tersebut baru-baru ini dan komited untuk menandatangani perjanjian menurut jadual pada tahun ini.

徐国玮