Lawatan Pompeo Perlihatkan Kacau-bilau Politik AS

2020-08-29 15:20:12  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo telah mengakhiri lawatan yang penuh dengan skim politik ke Asia Barat pada 27 Ogos lalu. Pompeo bukan sahaja mengheboh-hebohkan unilateralisme AS, tetapi juga memecahkan kelaziman dan menyertai isu politik domestik dengan identiti diplomat. Lawatan tersebut turut memperlihatkan keadaan yang kacau-bilau di arena politik AS.

Salah satu tujuan utama lawatan Pompeo kali ini adalah meningkatkan sekatan ke atas Iran. Ketika menemui pemimpin negara-negara Asia Barat, Pompeo kerap kali menghasut mereka untuk "bersama-saam melawan pengaruh buruk daripada Iran". Ketika mengakhiri lawatan kali ini, Pompeo melalui akaun media sosialnya mengumumkan, AS akan memulihkan sekatan ke atas Iran bermula 20 September nanti. Langkah tersebut secara terang-terangan membelakangi konsensus Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melaksanakan unilateralisme secara sewenang-wenangnya dan secara terbuka menentang kehendak masyarakat antarabangsa.

Dalam tempoh lawatan kali ini, Pompeo telah menyertai perhimpunan Parti Republikan secara dalam talian, dan menyampaikan ucapan yang menyokong pemimpin AS sekarang terus memerintah. Menurut ulasan akhbar The Politico AS, langkahnya tersebut memecah kelaziman selama berpuluh-puluh tahun di AS, iaitu setiausaha negara mengelak menyertai aktiviti yang berkaitan dengan hal-ehwal parti. Pengerusi kumpulan khas berkenaan dari Dewan Perwakilan mengumumkan, pihaknya akan menjalankan siasatan tentang sama ada langkah Pompeo tersebut melanggar undang-undang persekutuan atau tidak.

Dari kegagalan mengawal penularan wabak hingga ke kebangkitan diskriminasi rais, AS sedang bergelut dengan krisis tadbir urus yang kritikal pada masa ini. Politikus yang hanya mementingkan diri sendiri seperti Pompeo tidak dapat mengelakkan tanggungjawab mereka. 

徐国玮