Kalangan agama Islam di provinsi Qinghai mengadakan aktiviti kembara tilawatil Quran kali ke-3 baru-baru ini. Kumpulan berkenaan telah pergi ke pelbagai tempat di provinsi itu untuk memberikan tilawatil Quran bermula pada 19 Ogos yang lalu. Aktiviti ini mendapat sambutan baik daripada umat Islam di pelbagai tempat serta menarik perhatian meluas masyarakat tempatan.
Anggota kumpulan tersebut menasihatkan para umat Islam menghargai situasi masyarakat yang harmoni dan stabil, mengembangkan agama Islam yang bercirikan China serta bersama-sama penduduk pelbagai kaum yang lain membina masyarakat yang lebih sentosa dan sejahtera.