"Cantas Hubungan", "Racun" bagi Syarikat AS

2020-08-30 15:41:07  CRI
Share with:

Baru-baru ini, pemimpin Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menghebohkan konsep "mencantas hubungan" dengan China dengan menyebut bahawa negaranya "tidak semestinya berurus niaga dengan China". Bagaimanapun, kenyataan seumpama itu hanyalah satu pertunjukan politik oleh politikus AS pada tahun pilihan raya.

Perbuatan menyekat syarikat domestik berurus niaga dengan China, seolah-olah "racun" yang ditentang keras oleh syarikat negara itu. Meskipun politikus negara itu terus menggembar-gemburkan konsep "cantas hubungan", namun mereka terpaksa melonggarkan sikap di bawah tekanan kalangan perniagaan.

Dalam globalisasi pada zaman ini, tiada mana-mana negara boleh bersendirian dalam menghadapi cabaran. Lebih-lebih lagi pada zaman pasca wabak COVID-19, negara-negara di dunia perlu berganding bahu untuk memulihkan ekonomi.

Syarikat AS amat memerlukan pasaran China. Mereka tidak boleh dan tidak rela meninggalkan negara ini. Kerjasama China-AS dalam ekonomi, perdagangan, sosiobudaya, sains dan teknologi sejak terjalinnya hubungan diplomatik lebih 40 tahun dahulu membuktikan kerjasama ini adalah menang-menang, dan tiada yang menanggung kerugian.

Politikus AS yang asyik mempersembahkan pertunjukan politik itu perlu mendengar teliti suara rasional dari kalangan perniagaan domestik.

高蕾