China, Mustahak bagi Pembangunan Global

2020-08-31 12:32:17  CRI
Share with:

China memainkan peranan mustahak dalam pembangunan ekonomi serantau bahkan seluruh dunia, ujar Menteri Industri dan Perdagangan Vietnam, Tran Tuan Anh dalam taklimat media selepas Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN ke-52 yang menutup tirai semalam.

Beliau turut bersikap optimistik semasa menyebut prospek kerjasama China-ASEAN, susulan mekanisme kerjasama bilateral yang kekal stabil untuk jangka masa panjang.

Para menteri yang menghadiri mesyuarat kali ini sebulat suara menyatakan China memainkan peranan penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, Asia Timur malah seluruh dunia sejak awal tahun ini, terutama sekali ketika menularnya pandemik COVID-19.

周乔西