China, Malaysia Rakan Saling Menyokong

2020-08-31 15:00:54  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-63 hari ini.

Xi dalam suratnya berkata, Malaysia telah melakar pencapaian cemerlang dalam pembangunan negara sejak kemerdekaan pada 63 tahun lalu, di samping memberi sumbangan positif terhadap keamanan dan kestabilan serantau.

China dan Malaysia mempunyai persahabatan tradisional yang mendalam, juga rakan kongsi yang saling menyokong dan ikhlas antara satu sama lain.

Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk memperdalam perkongsian strategik komprehensif dengan Malaysia, bersama-sama menjayakan pembangunan berkualiti Jalur dan Laluan, dan merancakkan kerjasama saling untung dalam pelbagai bidang demi menyumbang kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan kemakmuran serantau.

 

周乔西