China Komited Majukan Hubungan dengan Malaysia

2020-08-31 15:02:40  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengutus surat tahniah kepada rakan sejawatnya, Datuk Seri Hishammudin Hussein sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-63.

Wang dalam surat itu berkata, asas kukuh hubungan China-Malaysia ternyata dilihat apabila kedua-dua negara berganding bahu dan bekerjasama melawan wabak COVID-19.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk bersama-sama Datuk Seri Hishammudin melaksanakan sepenuhnya konsensus yang telah dicapai pemimpin kedua-dua negara, di samping mempertingkat lagi kesalingpercayaan politik dan kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), bagi membawa kemajuan lebih besar kepada hubungan dua hala pada era baharu ini.

周乔西