China Sanjung Pencapaian Malaysia Lawan Wabak

2020-08-31 15:01:33  CRI
Share with:

China menyanjung pencapaian Malaysia dalam membendung penularan wabak COVID-19 melalui inisiatif yang tegas dan berkesan.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam surat tahniah kepada rakan sejawatnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang disambut hari ini.

Li berkata, China bersedia terus memperkasakan kerjasama dengan Malaysia dalam segenap aspek serta mempertingkat komunikasi dalam urusan antarabangsa dan serantau demi memajukan lagi perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

 

周乔西