China, Indonesia Berkolaborasi Bangun Vaksin

2020-09-01 13:00:58  CRI
Share with:

Hubungan antara China dengan Indonesia dapat diperkukuh lagi melalui projek kolaborasi pembangunan vaksin COVID-19.

Presiden China, Xi Jinping berujar demikian dalam perbualan telefon bersama rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo malam tadi.

Xi berkata, China menyokong usaha sama syarikat kedua-dua negara dalam penyelidikan, pembelian dan pengeluaran vaksin, agar vaksin berkenaan mudah diperoleh dan kosnya mampu ditanggung oleh rakyat dua negara, malah seluruh dunia.

Tambah beliau, jalinan kerjasama yang sedia wujud bertambah erat apabila pelaburan China di Indonesia dan eksport Indonesia ke China masing-masing mencatat kenaikan secara mendadak bagi separuh pertama tahun ini.

Xi berharap kedua-dua pihak dapat menyelaraskan pembangunan Jalur dan Laluan dengan visi Poros Maritim Dunia bagi memastikan projek-projek utama dilaksanakan dengan baik, di samping memudahkan pergerakan warga rentas sempadan menerusi laluan pantas.

Jokowi membalas, hubungan dua negara kekal kukuh dalam senario dunia yang ketika ini dilanda pandemik COVID-19. Beliau menzahirkan penghargaan kepada China yang menghulurkan bantuan kepada negaranya untuk melawan wabak COVID-19, terutamanya dalam usaha sama mengkaji vaksin.

董筱娉