Ikatan China, Vietnam Kekal Berseri

2020-09-02 14:23:55  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Phu Trong sempena ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Sosialis Vietnam hari ini.

Xi menyatakan Vietnam telah menyaksikan perkembangan yang cukup memberangsangkan dalam setahun lalu, dan langkah-langkah membendung penularan COVID-19 dilakukan dengan berkesan. Vietnam dipercayai mampu mencapai sasaran pembangunan negara yang ditetapkan sebelum ini, di bawah pimpinan mantap kerajaan.

Beliau turut berkata, tahun ini genap tujuh dekad sejak ikatan diplomatik dijalin antara China dengan Vietnam. Ketika berdepan wabak COVID-19, semangat bahu-membahu dan berjuang seiringan yang diperlihatkan kedua-dua negara menonjolkan ikatan persahabatan yang sekukuh talian persaudaraan.

Terakhirnya, Xi berharap agar perkongsian strategik komprehensif dapat dipererat hingga diangkat ke tahap baharu.

董筱娉