China, ASEAN Teroka Bidang Baharu

2020-09-02 13:13:49  CRI
Share with:

China, ASEAN Teroka Bidang Baharu_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_0554351d-3963-47c8-b3a7-231b8279745e

Peluang kerjasama pada era pasca COVID-19 menjadi bualan hangat pegawai dan pakar dari China dan negara-negara ASEAN yang berseminar di Beijing akhir-akhir ini.

China, ASEAN Teroka Bidang Baharu_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_3d5707db-48ce-45c4-bd7a-372c30cfadb8

Duta Besar Thailand ke China, Arthayudh Srisamoot berkata, ASEAN berdepan banyak cabaran dan ketidaktentuan berikutan penularan pandemik COVID-19. Beliau merayu kepada para anggota supaya menggembleng tenaga untuk meningkatkan kerjasama dengan rakan kongsi di luar rantau termasuk China.

China, ASEAN Teroka Bidang Baharu_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_e35b33d5-9e8b-4b60-9933-bd6418b4957c

Wakil dari Yayasan Pengajian Isu Antarabangsa China, Lan Lijun berpandangan kolaborasi China dan ASEAN dalam melawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi bukan sahaja memperlihatkan inti pati komuniti berkongsi nasib antara kedua-dua pihak, bahkan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat antarabangsa.

Tambah beliau, ekonomi digital menawarkan peluang baharu kepada sinergi China-ASEAN pasca wabak. Ini boleh dimanfaatkan bagi memupuk titik pertumbuhan baharu kerjasama.

董筱娉