Filipina Terus Kerjasama Infrastruktur dengan Syarikat China

2020-09-02 13:39:52  CRI
Share with:

Pejabat Presiden Filipina menyatakan semalam bahawa negara itu akan terus mempromosi kerjasama dengan syarikat China dalam pembinaan infrastruktur selain memberitahu Filipina turut memerlukan pelaburan dari China.

Jurucakap Presiden Filipina, Harry Roque dalam sidang media semalam berkata, Presiden, Rodrigo Duterte jelas memberi isyarat pada kelmarin bahawa Filipina tidak akan mengikui langkah Amerika Syarikat untuk menyekat syarikat China.

Tambah Roque, Filipina juga tidak akan menjadi negara bawahan bagi mana-mana negara.

Jelas beliau, semua projek kerjasama antara Filipina dengan syarikat China akan diteruskan untuk memastikan penyelesaian projek pembinaan infrastruktur dapat dilaksanakan dengan berlandaskan kesesuaian kepentingan negara itu.

曹捷