China Hargai Dasar Filipina yang Bebas

2020-09-03 12:45:21  CRI
Share with:

Menyentuh sekatan AS ke atas syarikat China yang terlibat dalam projek pembinaan di pulau dan terumbu karang di Laut China Selatan, jurucakap Presiden Filipina berkata negaranya adalah negara yang bebas dan Presiden Rodrigo Duterte tidak akan melarang kontraktor China daripada terlibat dalam pembinaan prasarana di Filipina.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam menzahirkan penghargaan atas kenyataan tersebut.

Hua berkata, Presiden Duterte dan kerajaan Filipina meletakkan pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat pada kedudukan paling tinggi pada masa ini. Dasar luar yang bebas diamalkan kerajaan Filipina selari dengan kepentingan asas negara dan rakyatnya.

 

周乔西