AS Diingatkan Jangan Berbuat Jahat

2020-09-03 14:34:29  CRI
Share with:

3 September merupakan hari yang amat signifikan buat seluruh rakyat China untuk memperingati ulang tahun ke-75 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. Sejarah sentiasa mengingatkan orang yang pernah dihimpit kesengsaraan akibat peperangan dan pergolakan supaya merenungkan dengan mendalam iktibar daripada 75 tahun lalu dan mensyukuri keamanan yang dikecap kini.

Pada zaman sekarang, kedamaian dan pembangunan menjadi arus perdana dunia. Namun, dalam senario pandemik COVID-19 mengubah landskap politik dan ekonomi global ketika ini, munculnya suara yang mengacau perkembangan arus utama tersebut. Merekalah segelintir politikus AS yang bergerak menuju ke arah yang bertentangan dengan arus sezaman, dengan perbuatan mencanangkan mentaliti Perang Dingin Baharu dan tindakan konfrontasi. Pada hari yang cukup bersejarah ini, adalah mustahak untuk memikirkan secara mendalam pengajaran daripada Perang Dunia.

AS menjadi penyusun utama order antarabangsa pasca Perang Dunia Kedua, tetapi negara itu berdegil mendukung hegemoni dan memandang remeh terhadap peraturan antarabangsa. Selain mencabar multilateralisme dengan tindakan mengundurkan diri daripada beberapa perjanjian global, politikus dari negara itu juga bermain politik untuk memburuk-burukkan China demi mengejar populariti menjelang pilihan raya. Kelakuan tersebut bukan sahaja menjejaskan kepentingan asas China dan AS, malah juga menyebabkan seluruh dunia terdedah kepada marabahaya.

董筱娉