Kebangkitan Bangsa China Tidak Dapat Dihalang

2020-09-04 15:01:03  CRI
Share with:

“Sejarah pasti akan membuktikan bahawa kebangkitan semula bangsa China tidak dapat dihalang.”

Demikian ujar Presiden Xi Jinping dalam simposium memperingati ulang tahun ke-75 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun serta Perang Anti-Fasis Dunia semalam.

Sebagai perjuangan penting yang menyumbang kepada kemenangan perang anti-Fasis, Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun bukan sahaja kemenangan bagi rakyat China, tetapi juga buat rakyat seluruh dunia.

Kata sepakat masyarakat antarabangsa bagi memelihara kedamaian, peninggalan paling berharga daripada perjuangan tersebut. Jalan pembangunan secara damai komitmen China kepada masyarakat antarabangsa, juga praktik konsensus itu.

Namun, sesetengah kuasa politik AS yang mengambil sikap prejudis dan bermusuhan berdegil memburuk-burukkan nama China dengan pembohongan yang keji, dan sengaja mahu memusnahkan kedamaian dunia.

Tindakan mereka yang membelakangi arus sezaman telah diberi balasan tegas bahawa rakyat China tidak akan membiarkan mana-mana pihak memutarbelitkan sejarah dan memburukkan Parti Komunis China (PKC), mengubah jalan sosialisme bercirikan China, memisahkan PKC daripada rakyat, memaksakan kehendak sendiri ke atas China, mengganggu usaha rakyat melakar kehidupan lebih bahagia apalagi interaksi dan kerjasama dengan rakyat negara-negara lain.

张哲