Hendak Tegakkan Benang Basah

2020-09-04 14:36:25  CRI
Share with:

Bagaimana lagi hendak ditegakkan benang yang basah, apabila dusta rekaan segelintir politikus AS berhubung isu populasi wilayah Xinjiang disangkal bulat-bulat oleh data terperinci dan fakta yang dibentangkan Pusat Penyelidikan Pembangunan Xinjiang dalam laporannya semalam.

Di depan bukti kukuh, ternyatalah pembohongan yang turut digembar-gemburkan media Barat itu niat jahat politikus AS untuk   menjejaskan ketenteraman dan kemakmuran Xinjiang, sambil mencari laba politik dengan dalih “hak asasi manusia”.

Menurut statistik, jumlah populasi Xinjiang terus meningkat dalam tempoh antara 2010 hingga 2018, dengan populasi etnik minoriti dan etnik Uygur masing-masing naik 22.14% dan 25.04%.

Anggaran tersebut turut memperlihatkan kerajaan China sentiasa melindungi hak dan kepentingan rakyat pelbagai etnik secara sama rata, bahkan memberi lebih banyak keutamaan kepada etnik minoriti termasuk etnik Uygur.

Politikus AS yang mengabaikan kebenaran bukan sekadar tidak selari dengan kaedah kajian sains dan norma akademik, malah tidak selaras dengan keadaan sebenar di Xinjiang. Perbuatan seperti ini hanyalah suatu sandiwara politik sahaja.

周乔西