CIFTIS, Wadah Saling Untung

2020-09-05 16:10:10  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2020 yang bertemakan “perkhidmatan global, saling untung dan berkongsi” telah dirasmikan di Beijing semalam.

Selaku aktiviti perdagangan peringkat global yang pertama dianjurkan China secara luar talian sejak pandemik COVID-19 tercetus, CIFTIS berjaya menarik penyertaan pertubuhan antarabangsa, kedutaan besar, persatuan perdagangan serta agensi dan syarikat dari 148 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Naib Presiden Persatuan Pelancong Dalam Negeri Malaysia (MITA), Mint Leong yang mengatur beberapa syarikat anggota persatuan itu menyertai CIFTIS berkata, MITA melihat CIFTIS sebagai peluang untuk mewujudkan integrasi antara industri pelancongan dengan industri lain termasuk budaya, hiburan, sukan dan perdagangan. CIFTIS membolehkan pihaknya berinteraksi dengan pemain industri-industri berkenaan untuk meneroka peluang kerjasama.

周乔西