China, Malaysia Galak Pulih Interaksi

2020-09-07 12:25:29  CRI
Share with:

Setelah penularan COVID-19 beransur-ansur terkawal di Malaysia, aktiviti pertukaran dalam pelbagai bentuk disambung semula oleh Pusat Kebudayaan China yang terletak di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengarah pusat tersebut, Zhang Jiexin berkata pihaknya dan media Internet tempatan telah mempelawa penulis bahasa Cina terkenal di Malaysia untuk memperkenalkan pengarang dan karya terkenal dari China. Program wawancara yang disiarkan pada bulan Mei lalu itu telah memperkaya kehidupan rakyat setempat, dengan jumlah siaran memecahkan sejuta kali.

Selain itu, pihaknya turut menawarkan program promosi pelancongan dalam talian seperti “Village Diary”, "Kembara China dengan VR" dan "Kenali China". 

高蕾