Laporan AS mengenai Sungai Mekong Salah

2020-09-09 14:35:13  CRI
Share with:

Laporan pihak Amerika Syarikat (AS) mengenai sumber air Sungai Mekong tidak selaras dengan fakta dan tiada nilai saintifik, ujar jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian dalam taklimat semalam.

Laporan tersebut dianggap oleh ramai pakar pengairan antarabangsa sebagai mempunyai kesilapan besar, dan mesti diteliti semula.

Sebelum ini, Penolong Setiausaha Negara AS David Stilwell mendakwa China memanipulasi sumber air sungai tersebut sehingga mengorbankan kepentingan negara-negara di hilir. Katanya, AS sedang bekerjasama dengan negara-negara dan pertubuhan terbabit untuk memastikan tuntutan terhadap ketelusan data sumber air China dibalas.

Sehubungan itu, Zhao menyatakan sejak tahun lepas AS tidak henti menggembar-gemburkan masalah ini, menyemai benih pertelingkahan dan menjejaskan suasana kerjasama Lancang-Mekong.

Katanya, kajian telah mendapati setelah takungan lata China beroperasi, aliran pada musim kemarau di cabang sungai tertentu meningkat 20% berbanding dengan masa sebelum. Takungan yang mempunyai fungsi menyimpan air banjir dan membekalkan air pada musim kemarau itu membantu menjamin kestabilan aliran Sungai Mekong. Ringkasnya, kemudahan pengairan dalam negara China kondusif kepada negara-negara di lembangan Sungai Mekong.

高蕾