Peluang Niaga CIFTIS Disasarkan

2020-09-09 14:33:30  CRI
Share with:

Pempamer dari seberang laut giat memperkenalkan dasar keutamaan mereka dalam Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2020.

Menurut Menteri Penasihat Kedutaan Besar Kemboja di China, Tea Kong, negaranya tidak mengehadkan kemasukan modal dari luar dan pelabur asing boleh memiliki pegangan penuh syarikat.

Selain itu, mereka juga boleh menikmati pengecualian cukai perniagaan, cukai pendapatan peribadi serta tarif peralatan dan bahan mentah yang diimport hingga sembilan tahun.

Kaunselor Perniagaan Kedutaan Besar Vietnam di China, Dao Viet Anh telah menghuraikan beberapa sebab untuk melabur ke Vietnam, seperti ekonomi kedua-dua negara yang saling melengkapi, kelebihan Vietnam dari segi geologi, potensi pasaran, sumber manusia, sumber tanah serta pelbagai dasar keutamaan yang ditawarkan.

高蕾