Wang Yi: Tiga Fakta Asas Isu Laut China Selatan

2020-09-10 14:39:12  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah membentangkan tiga fakta untuk menyangkal dakwaan Amerika Syarikat (AS) yang memburukkan imej negara ini dalam isu Laut China Selatan.

Pada Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asia Timur ke-10 yang diadakan secara telesidang semalam, Wang Yi menegaskan bahawa hak dan kedaulatan China terhadap kepulauan di perairan berkenaan mempunyai asas kukuh dari segi sejarah dan undang-undang. Menurut Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), hak bersejarah setiap negara wajar dihormati. Pendirian China berhubung isu Laut China Selatan tidak pernah dan tidak akan berubah.

Fakta kedua, China sentiasa bersikap bertanggungjawab ketika menangani isu Laut China Selatan, dan komited untuk menyelesaikan perselisihan melalui rundingan dengan negara-negara terlibat berdasarkan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC). Projek-projek pembinaan yang dilaksanakan China di pulau dan terumbu karang di Laut China Selatan dalam beberapa tahun lalu bertujuan menambah baik keadaan hidup di sana, juga untuk memelihara keselamatan sendiri.

Akhir sekali, China sentiasa mematuhi undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS. Mengenai pertikaian tuntutan sempadan maritim di Laut China Selatan, China telah mengeluarkan kenyataan yang mengecualikan prosiding penyelesaian pertikaian secara mandatori berdasarkan UNCLOS pada 2006, dan tidak menyertai timbang tara yang dijalankan tanpa persetujuan pihak-pihak terbabit.

吕清