Brunei, China Sedia Tingkat Kerjasama Pertahanan

2020-09-10 14:37:39  CRI
Share with:

Brunei Darussalam bersedia meneruskan kerjasama dan interaksi dengan pihak China dalam bidang pertahanan, ekonomi dan perdagangan, sumber tenaga, dan sosiobudaya.

Yang di-Pertuan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah bertitah demikian ketika bertemu dengan Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe di Bandar Seri Begawan semalam.

Baginda bertitah bahawa jabatan pertahanan kedua-dua negara diharap memperkasakan kerjasama pragmatik termasuk dalam pertukaran lawatan dan latihan bersama, bagi memperkukuh perkongsian strategik kedua-dua negara.

Wei Fenghe pula berkata, China komited untuk meningkatkan kerjasama dengan Brunei dalam bidang pertahanan dan mengeratkan hubungan ketenteraan kedua-dua negara. Menyentuh situasi di Laut China Selatan, Wei Fenghe berkata, China dan Brunei sewajarnya meneruskan dialog dan rundingan untuk memelihara kedamaian dan kestabilan perairan berkenaan.

吕清