Kehidupan Bahagia Abdul Wake di Tiemenguan, Xinjiang

2020-09-11 14:05:14  CRI
Share with:

Kehidupan Bahagia Abdul Wake di Tiemenguan, Xinjiang_fororder_微信图片_20200922111655

Abdul Wake Turdi, 26 tahun, ialah seorang pemuda etnik Uygur. Beliau dan isterinya Sumaidi Yimin meninggalkan kampung di Hotan beberapa tahun lalu, dan kini mencari rezeki di bandar Tiemenguan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.

Setelah menjadi pekerja di kilang tekstil di Tiemenguan, kehidupan mereka mengalami perubahan yang besar.

Kehidupan Bahagia Abdul Wake di Tiemenguan, Xinjiang_fororder_微信图片_20200910190335

Abdul Wake dan isterinya bukan sahaja telah menguasai kemahiran menggunakan mesin tekstil, malah juga boleh bertutur dalam bahasa Mandarin. Gaji bulanan pasangan ini boleh mencapai lebih RMB10 ribu (kira-kira RM6,000). Mereka merancang untuk membeli sebuah rumah di Tiemenguan dan mahu anak yang kedua.

Kehidupan Bahagia Abdul Wake di Tiemenguan, Xinjiang_fororder_微信图片_20200910190414

Selain pasangan yang hidup bahagia ini, terdapat juga ramai orang yang mempunyai pengalaman yang seumpama dengan Abdul di bandar ini. Antara 526 orang pekerja di kilang tekstil tersebut, 386 ialah orang etnik minoriti dan 270 daripada mereka adalah dari kawasan kurang maju.

张雯雯