AMM: Bendung Wabak, Pulih Ekonomi

2020-09-11 12:08:38  CRI
Share with:

Tabung COVID-19 akan dilaksanakan secara berkesan untuk memperhebat kerjasama ASEAN membendung wabak, manakala rangka pemulihan secara menyeluruh akan disusun bagi mendorong penyambungan semula kegiatan pengeluaran pasca wabak.

Demikian persepakatan yang dicapai dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-53 semalam.

Dimaklumkan, para peserta menanti-nantikan beberapa banyak usul menangani wabak dapat mencapai kemajuan, menegaskan penyelarasan dan perkongsian ASEAN dengan rakannya dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin serta pengeluaran dan pembekalan ubat-ubatan diintensifkan.

Menyentuh pemulihan pasca wabak, ASEAN diseru meringankan impak, memelihara kelancaran rantai bekalan, menyokong pemulihan ekonomi, dan memperkukuh kestabilan dan kefleksibelan ekonomi serantau.

Selain itu, menteri-menteri luar juga mengulangi komitmen untuk mempertahankan keterbukaan pasaran, menggalakkan kemudahan perdagangan, mengelak daripada tarif yang tidak perlu, dan menyeru agar melicinkan pertukaran personel dan kesalinghubungan serantau selain pencegahan dan kawalan wabak.

高蕾