Pompeo yang Jahil, Ancaman Seluruh Dunia

2020-09-12 14:54:43  CRI
Share with:

Mike Pompeo dicela lagi sebagai setiausaha negara yang paling buruk prestasinya dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), kali ini oleh akhbar The Washington Post pula. Sejak menyandang jawatannya pada dua tahun yang lalu, Pompeo yang asyik membuli dan membohong bertalu-talu mengacau dunia tanpa segan silu.

Pertama, Pompeo yang menguasai urusan diplomtik AS mempunyai mentaliti Perang Dingin yang berakar dalam jiwanya, dan dilihat sebagai ancaman besar terhadap kedamaian dan pembanguna dunia.  Apa yang didakwanya tentang hubungan China-AS tidak adil dan saksama dalam jangka panjang yang lalu, telah menggambarkan beliau mengabaikan sepenuhnya pengalaman sejarah, fakta objektif dan ilmu ekonomi. Hubungan perdagangan China-AS telah mencipta 2.6 juta peluang pekerjaan kepada AS dan lebih daripada 72.5 ribu syarikat AS melabur dan mengembangkan usahanya di China. Apa yang disebut "China 'mengeksploitasi' AS" hanyalah alasan Pompeo untuk memberikan tekanan yang melampau kepada China.

Kedua, Pompeo dan kemnya menjunjung unilateralisme dalam urusan antarabangsa, dan menarik dari daripada pertubuhan antarabangsa atau perjanjian berkenaan dengan sewenang-wenangnya, sehingga membuat mereka menjadi perosak paling besar bagi order antarabangsa pada zaman ini.

Ketiga, sejak wabak COVID-19 tercetus, kem Pompeo selalu mengaitkan koronavirus baharu dengan bangsa dan etnik tertentu, menghasut kerajaan AS agar menggantungkan sumbangan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan berniat memonopoli  penyelidikan dan pembangunan vaksin global. Semua tindakan yang melawan aliran zaman tersebut telah menjejaskan kerjasama global dalam membendung wabak, dan khususnya membawa kesan negatif yang sangat besar terhadap tindakan melawan wabak di negara yang paling mundur dan kumpulan rapuh.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengeluarkan amaran kelmarin bahawa tatkala kekurangan perpaduan bahkan muncul perpecahan, koronavirus baharu telah mendapat peluang untuk menular.  Jelaslah, Pompeo dan kemnya mempunyai tanggungjawab yang tidak boleh dilepaskan, memandangkan wabak COVID-19 masih berleluasa di dunia.

曹捷