Pemain Bola Sepak Thailand Positif COVID-19

2020-09-14 13:50:27  CRI
Share with:

Kementerian Kesihatan Thailand semalam mengesahkan seorang pemain bola sepak warga Uzbekistan telah didapati positif virus COVID-19.

Setakat ini, 500 orang yang bergaul rapat dengannya telah disaring, kebanyakan didapati negatif manakala dua lagi harus disaring semula. Selain itu, 42 pemain dari pasukan yang sama telah dikuarantin.

Difahamkan, Thailand merancang menganjurkan pertandingan Liga Super bola sepak di hadapan 1,000 penonton pada 12 September lepas. Pemain berkenaan disahkan positif semasa saringan sehari sebelum pertandingan itu.

Dimaklumkan pemain Uzbekistan itu telah menjalankan kuarantin selama 14 hari setelah tiba di Thailand.

胡星