Hubungan Dagang ASEAN-China akan Dipererat

2020-09-16 15:02:56  CRI
Share with:

Forum "Insight China" anjuran pertubuhan Business China Singapura yang berlangsung selama tiga hari secara maya membuka tirainya semalam.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelarasan Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat ketika menyampaikan ucapan dalam ucapannya menyatakan pandemik COVID-19 memberikan cabaran yang besar kepada dunia, dan semua negara hendaklah bekerjasama memelihara sistem perdagangan antarabangsa yang terbuka.

Menurut pandangan beliau, hubungan perdagangan antara China dengan negara-negara ASEAN akan bertambah erat pada era pasca wabak ini.

Katanya, pelbagai negara dan entiti ekonomi perlu mengekalkan kesalinghubungan bagi memelihara iklim ekonomi sejagat yang terbuka agar membolehkan semua pihak mewujudkan kemakmuran dan membangun bersama.

Dalam setengah pertama tahun ini, ASEAN muncul sebagai rakan dagang terbesar bagi China. Negara-negara di Asia Tenggara akan terus mempergiat kerjasama dengan China. Walaupun wabak COVID-19 membawa cabaran besar terhadap kesalinghubungan sejagat, namun Singapura dan China komited mengekalkan aliran keluar masuk kakitangan dan mewujudkan pembangunan bersama sambil berganding bahu melawan wabak.

Dalam proses membuka semula laluan keluar masuk pasca wabak, China dipilih sebagai negara pertama yang menikmati "laluan hijau" ditawarkan Singapura.

徐国玮