CAEXPO Ke-17 Diadakan Dalam dan Luar Talian

2020-09-17 15:01:08  CRI
Share with:

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-17 dijadualkan berlangsung pada 27 hingga 30 November di Nanning, ibu kota wilayah Guangxi.

Menurut pengumuman sekretariat ekspo tersebut kelmarin, ekspo kali ini menawarkan pameran dalam dan luar talian secara serentak.

Fokus ekspo tahun ini berkisar pada pembangunan bersama Jalur dan Laluan serta ekonomi digital, menjanjikan pelbagai acara termasuk Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN, simposium peringkat tinggi serta sesi promosi perdagangan.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA). Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak bakal menyambut 'dekad keemasan' kedua.

Sekretariat CAEXPO memaklumkan, pihaknya akan mengundang para pemimpin untuk menghadiri aktiviti peringatan ulang tahun ke-10 CAFTA bagi melonjakkan kerjasama muhibah antara China dengan ASEAN ke tahap lebih tinggi hingga mencapai hasil baharu, termasuk dalam membendung pandemik COVID-19.

徐国玮