AS Dituntut Henti Provokasi, Elak Kejadian Luar Jangkaan

2020-09-17 14:56:49  CRI
Share with:

China menuntut Amerika Syarikat (AS) segera menghentikan tindakan provokasi yang berbahaya bagi mengelakkan berlakunya kejadian luar jangkaan di laut dan udara.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang taklimat semalam berkata, pesawat peninjau tentera AS baru-baru ini menggunakan kod transponder untuk menyamar sebagai pesawat penumpang dari Malaysia untuk menjalankan tinjauan berjarak dekat terhadap Pulau Hainan dan Kepulauan Xisha.

Katanya, ini tindakan yang sering dilakukan oleh tentera AS. Menurut statistik, pesawat peninjau AS telah menggunakan kod transponder pesawat penumpang negara lain untuk menjalankan kegiatan tinjauan di Laut China Selatan sebanyak beratus-ratus kali. Langkah tersebut mencabul peraturan penerbangan antarabangsa, menjejaskan order dan keselamatan penerbangan di rantau tersebut serta mengancam keselamatan negara China bahkan seluruh rantau ini.

徐国玮