Tentera China Komponen Penting bagi Pelihara Kedamaian Dunia

2020-09-19 15:41:25  CRI
Share with:

Kerajaan China buat petama kalinya mengumumkan kertas putih semalam mengenai penglibatan tentera China dalam misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama 30 tahun, mengenang kembali pengalaman dan sumbangan tentera China dalam pelaksanaan misi pasukan pengaman PBB dalam tempoh tersebut, memberi tafsiran tentang pendirian dan pandangan tentera China serta usaha untuk melaksanakan perjanjian Sidang Kemuncak Perlindungan Kedamaian PBB. Pelbagai statistik dan fakta menunjukkan tentera China merupakan kuasa penting dalam misi pasukan pengaman PBB, dan bukan apa yang disebut "ancaman ketenteraan" yang diada-adakan oleh segelintir politikus AS.

Sebagai salah satu negara pengasas PBB, China sentiasa memelihara sistem antarabangsa berteraskan PBB dan menunaikan kewajipan antarabangsa. Usaha negara ini  mendapat pengiktirafan tinggi dari masyarakat antarabangsa sejak sekian lama. Dunia  sekarang ini sedang mengalami perubahan besar, malah semakin bergolak akibat  impak penularan pandemik Covid-19. Namun, sesgelintir politikus AS seperti Mike Pempeo yang mengetepikan tanggungjawab yang wajar,memilih memfitnah China dengan asalan "penghantaran pasukan pengaman demi menambah tentera di seberang laut. Jelaslah dengan fakta yang menyakinkan, politikus AS seumpama itu barulah pendalang pergolakan serantau, pelanggar orde antarabangsa dan pemusnah kedamaian dunia.  

Sempena ulang tahun ke-75 kemenangan perang anti-Fasis dunia yang juga ulang tahun ke-75 sistem antarabangsa berteraskan PBB, China mempertahankan jalan pembangunan secara damai, menyokong misi pasukan pengaman dunia dengan teguh, mempertahankan amalan multilateralisme dan menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan demi mewujudkan kedamaian, keselamatan, kemakmuran, keterbukaan, keinklusifan dan kesejahteraan yang berkekalan di dunia.

胡星