Multilateralisme, Kunci Rungkai Cabaran Global

2020-09-22 13:09:19  CRI
Share with:

Multilateralisme yang lebih efisien diperlukan bagi merungkai cabaran-cabaran global, ujar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Antonio Guterres.

Dalam ucapan pada persidangan peringkat tinggi sempena ulang tahun ke-75 PBB, Guterres berkata umat manusia sedang berdepan dengan pelbagai jenis cabaran getir apabila  perubahan iklim bertambah buruk, kadar kemiskinan meningkat semula, situasi geopolitik makin meruncing sementara pandemik COVID-19 menular di seluruh dunia. Dalam konteks ini, multilateralisme adalah amat mustahak untuk mengatasi cabaran tersebut.

Dalam persidangan semalam, wakil-wakil  dari lebih 100 negara anggota dan pemerhati PBB serta pertubuhan antarabangsa telah menyampaikan ucapan menerusi pautan video. Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai usaha melawan COVID-19, memperhebat multilateralisme, memperkasakan kedaulatan undang-undang antarabangsa dan pembaharuan PBB.

董筱娉