Mustahil China Dikekang Walau Isu Taiwan Dimain

2020-09-22 12:04:26  CRI
Share with:

Lawatan Setiausaha Rendah Negara AS bagi Pertumbuhan Ekonomi, Tenaga dan Alam Sekitar, Keith Krach ke Taiwan akhir-akhir ini telah membangkitkan kemarahan Beijing, dengan mengkritik kelakuan pegawai atasan tertinggi AS itu sebagai melanggar prinsip "satu China" serta tiga pengumuman bersama China-AS, sekali gus menjejaskan hubungan dua negara serta kedamaian dan kestabilan di Selat Taiwan.

Seperti diketahui umum, isu Taiwan bersangkut paut dengan kepentingan teras China, malah merupakan yang paling sensitif dalam hubungan China-AS. Berdasarkan tiga pengumuman bersama dua negara, pihak AS mengiktiraf bahawa kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh negara ini. Namun, sesetengah politikus AS  bertindak bertentangan dengan semangat tiga pengumuman berkenaan dan memberi sokongan kepada cubaan“kemerdekaan Taiwan". Nampaknya begitu jelas bahawa kehadiran mereka di Selatan Taiwan adalah untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada ketidakcekapan mereka dalam mentadbir negara, di samping mempromosikan populariti mereka menjelang pilihan raya.

Mereka yang asyik kepada mentaliti Perang Dingin dan konsep mainan campur-tolak sentiasa memandang remeh terhadap pembangunan China dan menanam niat menundukkan China dengan mempergunakan Taiwan.

Lantaran itu, iltizam China dalam mempertahankan kepentingan sendiri dan prinsip utama tidak pernah goyah. Sepertimana telah ditekankan Presiden Xi Jinping sebelum ini, China akan bertindak balas terhadap sebarang tindakan provokatif yang menjejaskan kepentingan teras negara dan mencampuri urusan dalaman.

董筱娉