AS Isytihar Sekatan Baharu ke atas Iran

2020-09-22 15:26:30  CRI
Share with:

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan sekatan pusingan baharu terhadap entiti dan individu yang terlibat dalam program senjata nuklear, peluru berpandu dan senjata konvensional di Iran.

Media Rusia yang memetik kenyataan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov sebagai berkata, tidak wujud lagi isu embargo dan sekatan terhadap senjata Iran susulan tamatnya tempoh embargo ke atas negara itu berdasarkan Resolusi 2231 Majlis Keselamatan PBB (UNSC). AS yang telah berundur dari perjanjian nuklear Iran pada Mei 2018, tidak lagi mempunyai hak untuk bersuara dalam hal ini.

Tegas beliau lagi, perbuatan AS yang secara sepihak mengisytiharkan sekatan menyasarkan Iran adalah tidak sah.

董筱娉