China, Thailand Jalin Lebih Banyak Kerjasama

2020-09-22 13:31:40  CRI
Share with:

China, Thailand Jalin Lebih Banyak Kerjasama_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_ed23b538-9f23-4507-b1aa-dfd927ed67e2

Hubungan antara Thailand dan China diharap dapat diperkukuh lagi dengan pengisian program kolaborasi dalam pelbagai bidang.

Harapan itu diluahkan Duta Besar Thailand ke China, Arthayudh Srisamoot ketika ditemu ramah wartawan Kumpulan Media China (CMG) di Beijing baru-baru ini.

Arthayudh berkata, ikatan saling percaya antara satu sama lain menjadi lebih erat selepas dua negara berkongsi pengalaman mengendalikan wabak COVID-19 dan maklumat berkenaan. Thailand berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan China dalam usaha mengkaji dan menghasilkan vaksin.

Tambah beliau, kerjasama dua hala membabitkan pembinaan prasarana, kesihatan awam dan pendidikan sedang dilaksanakan dengan baik. Thailand ingin menimba pengalaman membasmi kemiskinan daripada China.

董筱娉