China, Penjaga Keselamatan Makanan Dunia

2020-09-23 15:05:00  CRI
Share with:

Pesta Menuai kali ketiga bagi para petani dan pekerja sektor pertanian China jatuh pada 22 September, bertepatan dengan ekuinoks musim luruh mengikut kalender imlek.

Menurut laporan terkini, keluasan ladang untuk disemai benih tanaman pada musim luruh ini menunjukkan trend peningkatan yang ketara, iaitu dijangka mencecah 85.6 juta hektar.

Pada tahun ini, pandemik COVID-19 menular di seluruh dunia sementara lembangan Sungai Yangtze ditenggelami banjir teruk dan beberapa kawasan dibadai taufan berturut-turut. Dalam konteks ini, bukanlah mudah bagi memperoleh hasil tuaian yang begitu lumayan, yang dianggap juga signifikan bagi menjaga keselamatan makanan sejagat.

Untuk rekod, kadar pemilikan bahan makanan per kapita China mencapai kira-kira 470 kilogram pada masa ini, iaitu 400 kilogram lebih tinggi daripada paras keselamatan makanan antarabangsa.

Prestasi itu hasil kesungguhan kerajaan yang sentiasa mengambil berat terhadap keselamatan makanan sejak sekian lama.

Pada masa yang sama, China juga secara proaktif berkongsi sumber dan pengalaman berkenaan dengan negara-negara lain, di samping aktif melibatkan diri dalam tadbir urus keselamatan makanan dunia. Pada 17 September lalu, China telah menghulurkan bantuan kecemasan berupa bahan makanan kepada Sultan Selatan. Hal ini turut memperlihatkan tanggungjawab yang dipikul oleh sebuah negara besar.

周乔西