Putin: Kukuh Peranan PBB Jaga Keamanan

2020-09-24 13:25:10  CRI
Share with:

Presiden Rusia, Vladimir Putin menekankan perlunya memperkukuh peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menjaga keamanan dan keselamatan sejagat, semasa menghadiri sesi ke-75 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) secara maya Selasa lalu.

Putin berkata, PBB sentiasa berdedikasi terhadap misi sendiri untuk memelihara ketenteraman dunia sejak sekian lama. Dalam pada itu, PBB harus mengadaptasi diri dengan realiti baharu, sementara Majlis Keselamatan hendaklah mempertimbangkan kepentingan semua negara secara menyeluruh.

 

周乔西